Perkenalan pada mulanya hanya sebagai seorang sahabat,
Kau dan aku sama² perasan yang kita banyak persamaan,
Antara perangai dan minat.

izzat sufi ismail
Hadirmu menyinari kehidupanku yang selama ini kelam, sepi dan pilu,
Kau beri aku nasihat dan dorongan supaya tabah mengharungi,
Kehidupan di dunia yang banyak dugaan ini,
Kau sungguh baik.

Muhammad Asyraf Ariff
Sedihku, sedihmu juga,
Gembiraku, gembiramu juga,
Aku bangga mendapat teman sepertimu,
Terima kasih kerana doronganmu padaku,
Yang mendewasakan aku dari hari ke hari,
Terima kasih temanku.

Abdul Rahman Salami
Sahabatku, seberat apapun masalahmu, sekelam apapun beban hidupmu jangan pernah berlari darinya ataupun bersembunyi agar kau tak akan bertemu dengannya atau agar kau biasa menghindar darinya kerana sahabat. Seberapa jauhpun kau berlari dan sedalam apapun kau bersembunyi, dia pasti akan menemuimu dalam sebuah episode kehidupanmu. Teman itu seperti bintang, tak selalu nampak tapi selalu ada dihati.
0 comments:
Post a Comment